Monday, 9 July 2012

Ilmu Pengasih



Kebiasaannya ilmu ini diamalkan oleh sesetengah orang untuk mendapatkan pasangan, sama ada secara rela atau paksa. Ilmu ini juga mungkin boleh digunakan untuk melembutkan hati seseorang sama ada bagi tujuan berkasih sayang, mencari pekerjaan atau mendapatkan hutang.


Bomoh Ilmu Pengasih


Setakat ini yang penulis ketahui, bomoh yang agak power dalam membuat ilmu pengasih adalah bomoh yang mengamalkan ilmu hitam yang agak tersohor di Klang. Ada juga bomoh ilmu pengasih yang menggunakan ilmu putih dan ayat-ayat al-Quran tetapi tidak diketahui sejauh mana keberkesanannya. Tapi kalau anda hendak mencuba, bolehlah hubungi penulis. 
Bomoh Aka Toh Moh


Segala maklumat yang berkaitan dengan Bomoh atau pengamal Perubatan Tradisional atau nama singkatannya Tok Moh yang terdapat di dalam blog ini telah atau pernah dikunjungi oleh penulis dan
rakan-rakan seperjuangan yang pernah mengalami masalah yang berkaitan dengan gangguan makhluk
halus, masalah rumah tangga, saka dan bermacam-macam lagi yang tidak boleh diselesaikan oleh
pengamal perubatan moden.

Bomoh Melayu

Biasanya bomoh yang mengamalkan ilmu putih atau perubatan Islam kebanyakannya dalam kalangan bangsa Melayu. Tok Bomoh Melayu mengamalkan mentera yang berupa gabungan ayat-ayat suci al-Quran dan juga jampi serapah dalam Bahasa Melayu beserta dengan beberapa bahan lain seperti limau, kemenyan dan keris.

Tok Moh di Sungai Buloh

Tidak dinafikan penulis pernah mendapatkan rawatan di sini. Tok Bomoh ini cukup terkenal di Selangor, tambahan pula bayaran yg dikenakan hanyalah seikhlas hati. Tok Moh ini menggunakan ayat-ayat suci al-Quran beserta dengan jampi serapah yang lain.

Bagi mereka yang mengalami gangguan makhluk halus serta mengalami masalah rumahtangga sangat disyorkan pergi mendapatkan rawatan di sini. tok Moh ini juga boleh mengurut bagi yang mengalami sakit sengal-sengal badan serta terseliuh tetapi beliau bukan bomoh patah ya.

Kaedah rawatan tok moh ini sangat mudah dan tidak memerlukan bahan-bahan yang sukar didapati serta bayaran seikhlas hati. Kesan bergantung kepada kesesuaian pesakit.

Hubungi penulis sekiranya ingin mendapatkan khidmat bomoh ini.

Sekian.

Permulaan Baru

Di era atau zaman yg serba canggih ini, tidak dinafikan masih ramai lagi yang masih menggunakan khidmat Bomoh atau dengan nama yang lebih sopan Pengamal Perubatan Tradisional. Blog ini direka bagi membantu anda di luar sana yang memerlukan bantuan bomoh bagi menangani masalah-masalah atau penyakit-penyakit yang tidak dapat dirawat dengan menggunakan khidmat doktor perubatan moden atau pakar psikiatri.

Berjumpa bomoh atau pengamal perubatan tradisional adalah sebagai salah satu usaha kita dalam menangani masalah atau penyakit yang tidak dapat dirawat oleh doktor perubatan selain kita berserah kepada Yang Maha Esa.

Persoalan


Bolehkah kita berubat dengan bomoh atau pengamal perubatan tradisional yang mengamalkan cara perubatan yang tidak menyimpang dengan ajaran Islam?

Ya, kita boleh berubat dengan bomoh atau pengamal perubatan tradisional selagi mereka tidak mensyirikkan Allah. Kita perlu yakin bahawa yang menyembuhkan penyakit itu bukan bomoh atau pengamal perubatan tradisional, sebaliknya yang menyembuhkan penyakit kita itu hanya Allah SWT. Berubat merupakan ikhtiar atau usaha yang disuruh agama selain kita berserah kepadaNya.